Monday, August 01, 2011

Pertandingan Filem Pendek silentSHOUT 2011 ; Julai 1 - November 11, 2011

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN

FILEM ANDA MESTI: 
  • Karya asli. 
  • Mengenai budaya orang  Pekak / cerita berkaitan orang pekak/ pengalaman orang pekak/  komunikasi orang pekak/ perspektif mengenai kepekakan.
  • Antara 5 minit dan 20 minit termasuk tajuk utama dan penghargaan. 
  • Dihasilkan dalam tempoh 1 Januari 2011 hingga 11 November 2011. 
  • Sekurang-kurangnya seorang pelakon / pekerja orang pekak. 
  • Mengandungi sarikata  Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia (Musik dan suara adalah opsional).
  • Selain Musik Video, semua kategori filem akan diterima. 
  • Dibuka kepada rakyat Malaysia dan pemastautin tetap sahaja. Orang pekak atau pendengar.
  • Tayangan Perdana di Malaysia: TIDAK pernah ditayangkan di Malaysia atau melalui apa-apa media (contohnya, komersial, pesta filem, internet). 
  • Dihantar dalam format DVD Pal dan dapat ditayangkan dengan fail digital (minimum: PAL, maximum: definisi tinggi 1080p). 
  • Penyerahan sebelum 11 November 2011, 5p.m. Serahan lewat tidak akan dilayani. 
  • Yuran pendaftaran adalah RM10.

SYARAT-SYARAT:  

1) Pihak penganjur berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak memenuhi criteria yang digaris dalam panduan pertandingan.  Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan. 

2) Juri silentSHOUT terdiri daripada professional industri dan tetamu jemputan lain yang akan dilantik untuk mengundi filem yang terdapat di pertandingan. Keputusan juri adalah muktamad dan terikat dalam peraturan pertandingan.

3) Pihak pengajur berhak untuk menggunakan filem penyertaan  pertandingan semasa Festival Filem Pendek silentSHOUT, dan selepas festival tersebut demi tujuan promosi dan pendidikan.  Filem penyertaan tidak akan diedarkan untuk kegunaan komersial.

4)  Maklumkan bahawa (a) Filem/ DVD yang ditayangkan diFestival tidak akan dipulangkan, (b) Kerja dalam pembikinan dan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

ARAHAN PENYERAHAN

Untuk setiap penyertaan filem, anda mesti:
  • Lengkapkan borang serahan (di silentSHOUT Facebook page atau silentSHOUT blogspot). Sila baca garis panduan pertandingan dalam borang serahan. 
  • Serahkan DUA gambar pegun daripada filem anda: SATU semasa aksi langsung dan SATU di belakang aksi. 
  • Serahkan filem anda dan barang-barang berkenaan semasa Silent Coffee atau hantar ke:
silentSHOUT Communication
9-2B, Jalan PJU 1/3D
SunwayMas Commercial Centre
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
  • Jika anda menyerah lebih daripada satu filem, anda perlu masukkan setiap filem dalam DVD yang berasingan. Sila labelkan DVD tersebut dan lengkapkan borang serahan yang berbeza untuk setiap filem. Yuran setiap penyerahan filem ialah RM 10.00.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi isilentshout@gmail.com 

Borang Penyerahan - Pertandingan Filem Pendek silentSHOUT 2011.Sila muat turun.

No comments:

Post a Comment

Welcome to silentSHOUT
Selamat Layari silentSHOUT
欢迎游览静响