Tuesday, October 25, 2011

Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia daripada FINAS

DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM & MULTIMEDIA DARIPADA FINAS

PENGENALAN
Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia diwujudkan bertujuan melahirkan karya filem Malaysia yang bermutu tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggalak pertumbuhan bakat dan memajukan tahap profesionalisme para penggiat dan pengamal filem. Skim ini dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan karyawan dan penggiat filem.  

OBJEKTIF 
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan filem terutama filem pendek, dokumentari & animasi.
  • Menempatkan industri filem Malaysia ditahap yang sewajarnya diperingkat antarabangsa.
  • Menghargai karyawan dan seniman filem Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
  • Menampilkan kemampuan pembikin filem tempatan di peringkat antarabangsa. 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM DAN MULTIMEDIA
Penerbitan Filem Pendek / Dokumentari
  • Bantuan penerbitan tidak melebihi RM 40,000.00.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 - 35 tahun sahaja.
  • Belum pernah menerbitkan dan mengarah filem / dokumentari pendek.
  • Belum mencapai tahap kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam penerbitan filem / dokumentari pendek.
  • Filem mestilah berbahasa Malaysia iaitu tajuk, skrip dan dialog dalam Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya 60%).
  • Durasi tidak melebihi 15 minit.
  • Hendaklah menggunakan kemudahan peralatan perfileman dan perkhidmatan pasca-produksi FINAS.
  • Menunjukkan ciri-ciri berlatar belakang Negara Malaysia.
Bantuan Projek Pelajar
  • Bantuan penerbitan tidak melebihi RM 15,000.00.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 keatas.
  • Pelajar IPTA / IPTS jurusan perfileman sahaja.
  • Belum mencapai tahap kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam penerbitan filem / dokumentari pendek.
  • Filem mestilah berbahasa Malaysia iaitu tajuk, skrip dan dialog dalam Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya 60%).
  • Durasi tidak melebihi 15 minit.
  • Hendaklah menggunakan kemudahan peralatan perfileman dan perkhidmatan pasca-produksi FINAS.
  • Menunjukkan ciri-ciri berlatar belakang Negara Malaysia.
Bantuan Perfileman
  • Bantuan tidak melebihi RM 30,000 tertakluk kepada bilangan ahli yang aktif dan senarai aktiviti perfileman yang dijalankan.
  • Persatuan hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.
  • Pendaftaran yang masih sah.
  • Persatuan telah ditubuhkan sekurang-kurangnya setahun.
  • Jumlah anggota keahlian sekurang-kurangnya 100 orang.
  • Persatuan yang masih aktif.
  • Mengemukakan laporan aktiviti persatuan terkini.
  • Menjalankan aktiviti yang majoritinya berkaitan industri perfileman.
  • Mengemukakan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan terkini.
  • Persatuan yang berkemampuan serta teguh kedudukan kewangannya tidak layak diluluskan.

Permohonan Yang Lengkap
Borang & permohonan yang lengkap di alamatkan kepada :-
Urusetia Dana Pembangunan Seni Filem & MultimediaPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Lot 1662, Batu 8, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor.
( u.p. Unit Skim Pinjaman)


Dapatkan borang permohonan di:

No comments:

Post a Comment

Welcome to silentSHOUT
Selamat Layari silentSHOUT
欢迎游览静响